Oleh messengger warriorhttp://www.voy.com/66209/1821.html
Perbezaan Pertama - Penubuhan dan Dasar
UMNO
Ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan melayu di Tanah Melayu serta menuntut kemerdekaan dari British.
PAS
Ditubuhkan pada tahun 1951 untuk menjaga kepentingan umat Islam setelah UMNO enggan menjadikan Islam sebagai DASAR perjuangan.
Huraian
Walaupun berjuang untuk kebangsaan melayu tetapi UMNO berjuang juga untuk Islam sebab orang melayu adalah Islam, kebanyakannya. Andainya orang melayu bukan beragama Islam, UMNO tetap juga perjuangkan agama orang melayu itu, sebab UMNO ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
PAS menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Melayu, Cina, India dll turut diperjuangkan PAS asalkan mereka Islam. PAS juga mahukan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi kemerdekaan yang dimaksudkan adalah kemerdekaan yang berteraskan Islam.
Perbezaan Kedua - Sikap British
UMNO
Penubuhan UMNO direstui oleh British. Pemimpin UMNO mendapat tempat yang baik di sisi British contohnya Dato Onn, Tunku Ab Rahman, Dato Ab Razak dll. Malah mereka menjawat jawatan kerajaan sebelum merdeka lagi.
PAS
Penubuhan PAS tidak disenangi British. Induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan oleh British. Pemimpinnya ditangkap. British menganggap pemimpin PAS sama bahaya dengan komunis.
Huraian
PAS dan induknya Hizbul Muslimin tidak disenang British kerana dasar Islamnya. Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak akan redha selama- lamanya kepada Islam. British merestui UMNO (dan rakan kongsinya MCA dan MIC) kerana mereka bukan parti agama. Jika UMNO memperjuangkan Islam, nasib UMNO sama dengan PAS di sisi penjajah. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan kongsinya secara selesa kerana mereka tahu golongan ini akan meneruskan dasar sekularnya.
Perbezaan Ketiga - Kebebasan vs Agama
UMNO parti kebangsaan sedangkan PAS parti agama.
Huraian
UMNO ditubuhkan di atas semangat kebangsaan. PAS ditubuhkan di atas semangat keIslaman. UMNO sering mendakwa PAS parti yang menggunakan agama untuk politik. Itu pendapat yang silap. Sebenarnya PAS menggunakan politik untuk agama. PAS menggunakan segala-segalanya, termasuk politik, untuk agama. Itulah tujuan insan dijadikan di atas muka bumi.
Adapun UMNO, parti itu sering menolak agama kerana politik. UMNO menolak pengharaman judi, arak, kelab malam, snooker dsb kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan poltik bagi UMNO. UMNO menolak hudud di atas sebab politik BN. UMNO akan hanya menerima agama seandainya perkara agama tersebut mendatangkan keuntungan kepada UMNO seperti pungutan zakat, Bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dll.
Satu-satunya kerajaan negeri yang menyimpan wang dalam Bank Islam ialah kerajaan Negeri Kelantan. Ini buktinya BN menubuhkan Bank Islam untuk tujuan politik, kerana kerajaan BN sendiri tidak menyimpan dalam Bank Islam malah lebih berminat menyimpan dalam bank riba.
Perbezaan Keempat - Syarat Kepimpinan
Pemimpin UMNO dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat.
PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat kepimpinan.
Huraian
Dalam pemilihan pemimpin UMNO, pemimpin sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan dari segi kewangan. UMNO tidak meletakkan syarat ketakwaan atas kemuliaan akhlak sebagai syarat wajib kemimpinnya.
PAS sebagai jemaah Islam menjadikan penghayatan Islam sebagai ciri kepimpinannya. Mereka yang melanggar etika Islam, dengan sendirinya terlucut keahlian PAS, apatah lagi sebagai pemimpin. Andainya terbukti seorang pemimpin PAS melakukan rasuah, pecah amanah dsb, beliau hilang kelayakan memimpin jemaah PAS. Dikalangan pemimpin UMNO, fenomena pecah amanah sering berlaku. Politik wang (rasuah politik) berluasa di kalangan mereka. Ingatlah hadis bermaksud Orang yang memberi dan menerima rasuah tempatnya di neraka UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam mesyuarat agung mereka umpamanya, perwakilan wanita dan lelaki diatur bercampur gaul, sedangkan dalam perhimpunan PAS mereka diasingkan mengikut kesusilaan Islam. Dalam muktamar PAS, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Malah perhimpunan agung Pemuda UMNO yang lepas terus berlaku hingga ke Maghrib; bahkan ketika azan maghrib berkumandang, ramai yang bersorak riuh rendah kerana keputusan pemilihan pucuk pimpinan diumumkan (disiarkan secara langsung di RTM dan TV3) Siapa yang lebih berminat dengan Islam?
Dalam Islam, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab. Kepimpinan bukan dipohon tetapi dilantik. Dalam UMNO, seseorang perlu mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin. Ini bukan etika Islam. Sesiapa yang mencalonkan dirinya sendiri sebagai pemimpin dengan tersendiri kelayakkannya gugur.
Perbezaan Kelima - Rujukan Tertinggi
Rujukan tertinggi UMNO ialah “Perlembagaan Negara Malaysia”.
Rujukan tertinggi PAS ialah Al-Quran.
Huraian
Sebagai jamaah Islam, PAS meletakkan Al-Quran sebagai undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang undang-undang, akta, pindaan, perlembagaan dsb. yang bercanggah dengan Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Inilah dasar pemerintahan Islam.
UMNO dan BN meletakkan “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-Undang” kepada “Perlembagaan Negara” dan “Undang-undang Federal”. Perlembagaan Negara memberi peruntukkan tertinggi kepada “Undang-undang Federal” iaitu sebarang undang-undang lain (termasuk undang-undang syariah negeri) akan terbatal jika bertentangan dengan undang-undang negara itu. Ini bermakna undang- undang syariah negeri yang dipetik dari Al-Quran akan terbatal jika ia bercanggah dengan undang-undang persekutuan. Sebagai contoh, “berzina suka sama suka” di sisi undang-undang negara tidak menjadi kesalahan, tetapi Islam meletakkan hukuman 100 rotan atau rejam.
Dalam kes percanggahan seperti ini, perlembagaan memberikan kemenangan kepada undang-undang negara. Ini bermaksud, Al-Quran hanya menjadi panduan undang-undang negara andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang itu. Dengan kata lain, Al-Quran menjadi rujukan yang lebih rendah tarafnya daripada undang-undang negara. UMNO menerusi BN terus mengekalkan perkara ini walaupun setelah hampir 40 tahun merdeka. Bahkan pemimpin UMNO membuat ketegasan bahawa perlembagaan tersebut akan dipertahankan selama-lamanya selagi UMNO/BN memerintah Malaysia.
Apakah sikap anda dalam perkara ini?
Undang-undang hudud Kelantan tidak dapat dilaksanakan dengan adanya peruntukkan tersebut. Hudud Kelantan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, sedangkan hukum hudud dipetik dari Al-Quran. Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubalkan akta yang bertaraf undang-undang. Dalam Islam, pemimpin bukan menggubal undang-undang tetapi melaksanakan undang-undang yang termaktub dalam Al-Quran. Parlimen hanya boleh membincangkan bagaimana undang-undang itu boleh dilaksanakan, bukan mencipta undang-undang.
Perbezaan keenam - Melayu vs Islam
UMNO sering mengemukakan slogan “Ketuanan Melayu” manakala PAS menyeru kepada “Ketuanan Islam”.
Huraian
Ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO semakin hari semakin terhapus. Tanah rezab melayu beransur-ansur kurang dan kalau digantikan pun, dikawasan yang terpencil. Bahasa melayu kian terpinggir dalam arus pendidikan. Kolej dan Universiti mengutamakan bahasa inggeris. Bangsa melayu secara beransur-ansur ditukar menjadi bangsa Malaysia. Kad pengenalan baru hanya menggunakan “bar-code” untuk menyatakan agama dan bangsa, bukan bertulis secara jelas seperti dulu. Sensitiviti umat melayu kepada kes murtad menjadi kurang. Kemurtadan dikalangan masyarakat sering berlaku. Tanyalah Pejabat Pendaftaran Negara, berapa ramai melayu yang sedang menunggu giliran untuk menukar nama dan agama.
PAS menyeru kepada “ketuanan Islam”. Malaysia untuk semua bangsa - melayu, cina, india dll. Masing-masing bebas mengamalkan budaya mereka. Bahasa masing-masing perlu dipupuk bersama kerana bahasa adalah anugerah Ilahi. Ketuanan Islam menjamin seluruh rakyat diberi pembelaan yang adil seperti yang dinyatakan Al-Quran, tidak kira sama ada dia muslim atau bukan muslim.
Walaupun UMNO menyeru slogan "ketuanan melayu" tetapi ia membuka keahliannya kepada semua bumiputra, Islam atau bukan Islam. Berapa ramai bumiputra Sabah yang bukan Islam telah menyertai UMNO sekarang. UMNO kini bukan lagi parti melayu-Islam.
Andainya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a masih hidup dan datang ke Malaysia, mereka tidak boleh menganggotai UMNO sebab mereka bukan melayu dan bukan bumiputra. Akan tetapi kedua-dua sahabat yang mulia itu boleh menyertai PAS kerana PAS untuk semua orang Islam. Itulah perbezaan ketuanan melayu dan ketuanan Islam.
Perbezaan ketujuh - Politik dan Agama
PAS berpegang kepada falsafah “politik sebahagian agama” manakala UMNO berpegang kepada falsafah “politik dan agama perlu diasingkan”.
Huraian
Sunnah Rasulullah s.a.w. yang terbesar ialah pembentukan negara Islam Madinah. Setelah negara Islam terbentuk, semua kegiatan agama telah dijalankan Rasulullah s.a.w. seperti hubungan antara kaum, peperangan, perdamaian, dakwah (khususnya kepada ketua kerajaan asing), jihad, ekonomi dsb. Kesemua kegiatan tersebut dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai rasul, pemimpin, pendidik dan pendakwah. Kesemua kegiatan agama dan harian ditadbirkan Rasulullah s.a.w dalam sistem politik pemerintahan Islam yang pertama itu.
Sirah ini menggambarkan bahawa politik atau siasah ditadbirkan Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian daripada agama. Politik menjadi “payung” kepada seluruh kegiatan Islam. PAS yang mengamalkan sistem politik Islam mengambil perjalanan sirah tersebut sebagai ikutan. Sebaliknya UMNO mengamalkan dasar sekular iaitu politik dan agama perlu diasingkan. Dalam amalan politik sekular, kegiatan agama seseorang adalah bersifat peribadi. Mengikut UMNO, politik adalah urusan dunia yang boleh ditadbirkan mengikut kesesuaian masa dan suasana. Mereka lupa bahawa semua tindakan manusia dikawal oleh agama. Islam telah menerangkan semua perkara dari sekecil-kecilnya, seperti cara-cara membuang air kecil hinggalah kepada politik antarabangsa. UMNO terpengaruh dengan sistem sekular British yang mentadbir negara secara terpisah dari agama. Bukankah UMNO anak didik British yang paling setia?
Saudara/i pembaca yang dikasihi,
Sesungguhnya politik atau siasah tidak boleh dipisahkan dari agama. Banyak hukum agama seperti hukum qisas, penderhakaan, peperangan, murtad, hudud, jihad, dakwah dsb. TIDAK DAPAT dijalankan tanpa negara. Ayat Al-Quran tentang puasa dan tentang qisas adalah senada Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (Al-Baqarah, 2 : 178). Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berrpuasa (Al Baqarah, 2 : 183) Sekiranya puasa, semua muslim mengakui kewajibannya dan terus dilaksanakan, kenapa pula hukum qisas perlu ditangguhkan dan dianggap tidak wajib seperti puasa? Demikian juga hukum murtad, hukum hudud dll.
No comments:
Post a Comment