Sihir

Wednesday, November 25, 2009

Gelaran 'Haji' sunnah atau adat?

Sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita menggelarkan sesiapa yg telah menunaikan ibadah haji dengan title ‘HAJI’ seperti Haji Muhammad, Haji Abdullah dan sebagainya. Bahkan ada yg berkecil hati apabila mereka tidak dipanggil HAJI sedangkan mereka telah ke Mekah menunaikan ibadah tersebut. Apakah gelaran ‘HAJI’ tersebut merupakan salah satu kewajipan atau sunnah?

Dr Abdul Halim Mahmud, Mantan Syeikh Azhar di dalam fatwanya menyebut bahawa para sahabat Nabi SAW tidak ada seorangpun yang diberi gelaran ‘HAJI’ sebaliknya hanya menggunakan nama mereka sahaja. Gelaran ‘HAJI’ yang diberikan oleh masyarakat merupakan satu penghormatan dari mereka kepada yang telah menunaikan ibadah tersebut, tetapi janganlah seseorang yang menunaikan haji inginkan penghormatan diberikan ke atas ibadahnya itu. Seseorang yang menunaikan haji kerana inginkan gelaran ‘HAJI’ adalah orang yang tidak sempurna keikhlasannya kepada Allah di dalam ibadahnya. Gelaran ‘HAJI’ adalah semata mata adat sebagai penghormatan bukannya sunnah.

Wallahua’lam

No comments: