Sihir

Monday, November 17, 2008

Perut buncit pendek umur


LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.

Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Agensi

Sumber: Berita Harian Online

Saturday, November 15, 2008

NUTP tolak Sains, Matematik guna BI di sekolah rendah

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), semalam menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah.

Pendirian terbaru kesatuan mewakili 135,000 guru itu yang sebelum ini menyokong program dilaksanakan Kementerian Pelajaran sejak 2003 diputuskan ketika Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang pada 24 hingga 27 Ogos lalu.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Menerusi maklumat dan pandangan diterima daripada guru terbabit dalam PPSMI, murid di sekolah rendah terutama mereka di tahap satu (tahun satu hingga tiga) masih gagal menguasai istilah dua subjek itu ketika diajar dalam Bahasa Inggeris.

"Ia menyebabkan guru turut mengalami kesukaran mengajar kerana murid langsung tidak memahami apa yang diajar guru. Sehubungan itu, ahli menolak PSSMI di sekolah rendah kerana tiada faedah diperoleh jika situasi berkenaan berterusan. "Bagaimanapun, NUTP tetap menyokong pelaksanaan PSSMI di peringkat sekolah menengah kerana murid masih boleh mengikutinya dengan baik kerana sudah mendapat sedikit pendedahan dari segi istilah," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Pada 2002, Kabinet memutuskan Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan serta kualiti murid bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Keputusan sama ada pengajaran dan pembelajaran subjek itu akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia akan ditentukan pada akhir tahun ini dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan diambil kira dalam menentukannya.

Selain itu, Kementerian Pelajaran juga menggunakan resolusi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dianggotai tokoh akademik, penyelidik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneliti laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan pelaksanaan PPSMI. Mengulas lanjut, Loke berkata, pendirian NUTP itu tidak bermaksud pihaknya menolak serta merta PPSMI di sekolah rendah sebaliknya mencadangkan supaya ia melalui proses penambahbaikan sebelum diperkenalkan semula.

"Kami mencadangkan supaya istilah Sains dan Matematik diajar dalam silibus subjek Bahasa Inggeris bermula dari peringkat prasekolah sehingga darjah tiga bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa berkenaan.

"Selepas yakin murid dari peringkat itu sudah boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula PPSMI di sistem pendidikan negara," katanya.

Oleh Amin Ridzuan Ishakaminridzuan@bharian.com.my

Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak boleh dirumuskan bahawa murid-murid sudah boleh menerima Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jurang perbezaan mereka di luar bandar dengan bandar masih besar, demikian menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia Mohd Sabri Mohd Arshad.


Katanya, sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan.


"Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, Melayu atau Inggeris, ini memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," katanya ketika dihubungi.
Beliau juga yakin, peratusan murid yang menggunakan Bahasa Inggeris masih lagi tahap yang rendah bagaimanapun keputusan itu disambut baik.


Dalam melaksanakan PPSMI, beliau menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

"Sekarang ini pembelajaran BI untuk darjah satu hingga tiga hanya lapan waktu sahaja manakala empat hingga enam ada tujuh waktu sahaja, kelas ini perlu diperbanyakkan dan sukatan pula diperluaskan seperti mewujudkan kelas komunikasi dalam BI dan juga bahasa-bahasa lain termasuklah Bahasa Arab," katanya.


Sabri juga melahirkan kebimbangan kerana guru-guru yang ada tidak diberi intensif untuk memantapkan Bahasa Inggeri mereka sedangkan ramai di kalangan mereka tidak boleh menguasai bahasa itu.


"Guru-guru ini ada kemahiran tinggi dalam matematik dan sains tetapi mereka kurang menguasai Bahasa Inggeris, menyebabkan terpaksa mengajar dalam dua bahasa sekali gus ia membuang masa," katanya.


Menurut kerajaan, UPSR kali ini membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid, walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A menurun tetapi murid mendapat 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. - mns_


Sumber: HarakahDaily.net

Saturday, November 8, 2008

Saturday, November 1, 2008

Thursday, September 4, 2008

Cerita pasal bonus

Pembentangan Bajet 2009 begitu menarik rasa lega dan gembira para kakitangan sektor awam. YAB Perdana Menteri mengumumkan kakitangan awam akan menikmati bonus sebulan gaji atau minima RM1,000 di mana pembayarannya akan dibuat dua kali iaitu pada bulan September dan Disember 2008.
Terima kasih di atas keprihatinan kerajaan di saat-saat yang amat memerlukan ini. Pemberian bonus berkenaan akan dapat membantu menampung perbelanjaan sambutan hari raya aidilfitri yang dijangka pada 1 Oktober dan juga dapat membantu para ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada sesi buka sekolah tahun hadapan.
Namun begitu di sebalik berita gembira ini, diharap para peniaga tidak menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya. Janganlah dijadikan alasan agihan bonus kepada kakitangan kerajaan ini sebagai penyebab untuk menaikkan harga barang. Apatah lagi sebelum ini peniaga-peniaga telah begitu ghairah meletakkan harga barang di paras yang begitu tinggi ekoran daripada kenaikan harga minyak global. Janganlah menangguk di air keruh sekali lagi.
Kini kerajaan telah mengurangkan harga minyak petrol dan diesel pasaran tempatan, tetapi harga barang tidak pula diturunkan. Mengapa para peniaga tidak pula menurunkan harga barang? Semuanya kerana ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda.
Kenaikan harga barang yang melampau perlu dielakkan kerana ia hanya akan membebankan pengguna. Beban tersebut bukan hanya ditanggung oleh pengguna yang terdiri daripada kakitangan awam yang menerima bonus ini, bahkan kepada semua rakyat Malaysia. Semua orang akan merasa tempiasnya.
Peniaga perlu ingat dan sedar bahawa rakyat Malaysia bekerja di pelbagai sektor dan ada yang berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Kenaikan harga barang akan mempengaruhi sosio ekonomi kesemua golongan.
Hanya kerajaan yang sentiasa prihatin tentang kebajikan rakyatnya yang mendapat tempat di hati rakyat.

Wednesday, September 3, 2008

Sunday, August 24, 2008

Thursday, August 21, 2008

Wednesday, August 20, 2008

Pokok Jarak Sebagai Bahan Bakar Baru!


Seiring dengan perkembangan keperluan industri, permintaan bahan bakar minyak terus meningkat dengan harga minyak dunia yang turut meningkat. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telah menemui pokok Jarak (Jatropha Curcas) yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.

Tanaman Jarak (Jatropha Curcas) mempunyai keistimewaan seperti berikut:
1. Perolehan minyak, lebih kurang 33%.
2. Amat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia.
3. Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil.
4. Penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan.
5. Pokok Jarak boleh hidup melebihi 45 tahun.
6. Sebiji buah jarak mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel.
7. Saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik.
8. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian.
9. Hasil pengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun.
Ini memang peluang keemasan yang tak patut dilepaskan bagi mereka yang mempunyai tanah terbiar.

Monday, August 18, 2008

'Qazaf : mangsa fitnah'

Tulisan ini dipetik daripada buku “Qazaf: Mangsa Fitnah” (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.

Menyabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud) :

“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata:“Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”Dia menjawab: “Tidak.”Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”Wanita itu menjawab: “Ya.”Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: “Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu.” Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: “Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah.” Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu.”

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oleh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):“Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar.”
2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):“Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa.”
3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma’iz bin Malik.
5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma’iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa’: 15) yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”
Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi…”
Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”


Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:


1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.


Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.
Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.


Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata
Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan).”


Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.


Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.


Bersumpah


Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.


Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat


Qazaf


Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.


Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.


Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.


Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.


Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:
1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan ‘awak bukan anak kepada si anu’ yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau ‘awak anak daripada hasil zina’ dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.


Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.


Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.


Syarat-syarat Qazaf


Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.


Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam


Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta’zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. ‘Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.


Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.


Mensabitkan Jenayah Qazaf


Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.


Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf


Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?


Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.


Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.


Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.


Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.


Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.


Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.


Hak Tuduhan Qazaf


Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.


Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.


Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)


Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.


Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.


Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.


Hukuman di dunia


Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.


Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”


Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:


1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.


Hukuman di Akhirat:


Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”


Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.


Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.


Sumber : HarakahDaily

Saturday, August 9, 2008

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak jimat minyak


· Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan bahawa isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang diisi, pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

· Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

· Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

· Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

· Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh, nyata menjimatkan minyak.

· Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

· Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.

· Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

· Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)

· Elakkan menunggu . Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

· Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

· Gunakan RM-SAVER. Untuk maklumat lanjut,

Thursday, August 7, 2008

Sunday, August 3, 2008

Berita Terkini



Semalam aku bawak bini dan anak-anak aku melawat akak aku Dina yang dah besalin kat Darul Ehsan Medical Centre Seksyen 9 Shah Alam. Aku tabik la kat akak aku ni walaupun dia ni dah dikira sebagai orang tua (umur dah dekat 47 tahun) dah tu masih belajar pjj kat U, tapi masih mampu lagi menambahkan zuriatnya. Ai dalam sibuk-sibuk kerje dan belajar, sempat lagi ya memproses....jgn marah ya. Ape-ape pun , Alhamdulillah kerana dia selamat melahirkan baby pompuan yang comel tu. Bila aku tengok baby tu, aku pun teringin jugak menambahkan 'askar' aku. Rasanya boleh lagi kut sebab aku pun masih muda dan masih hencem lagi..he..he..bini aku tu pun okey lagi. Okey la aku pun dah mengantuk ni, sekali lagi ucapan tahniah kpd kak Dina dan suaminya, abg Zollbahrin.

Friday, August 1, 2008

Saturday, July 26, 2008

Wednesday, July 23, 2008

How to improve your English skills

My most important piece of advice is: "Do something (anything). If you don't do anything, you won't get anywhere. Make it your hobby, not a chore, but above all have fun!"

Don't be in too much of a hurry. You're setting off on a long journey and there'll be delays and frustrations along the way. Sometimes you'll be in the fast lane and other times you'll be stuck in traffic, but there will also be lots of interesting things and interesting people along the way. Take your time to really enjoy the experience.

There are many ways to improve your level of English, but only you can find the right way for you. Here are a few tips that might help:-

Improve your Learning Skills

Learning is a skill and it can be improved.

Your path to learning effectively is through knowing
-yourself
-your capacity to learn
-processes you have successfully used in the past
-your interest, and knowledge of what you wish to learn

Motivate yourself

If you are not motivated to learn English you will become frustrated and give up. Ask yourself the following questions, and be honest:-

-Why do you need to learn/improve English?
-Where will you need to use English?
-What skills do you need to learn/improve? (Reading/Writing/Listening/Speaking)
-How soon do you need to see results?
-How much time can you afford to devote to learning English.
-How much money can you afford to devote to learning English.
-Do you have a plan or learning strategy?

Set yourself achievable goals

You know how much time you can dedicate to learning English, but a short time each day will produce better, longer-term results than a full day on the weekend and then nothing for two weeks.

Joining a short intensive course could produce better results than joining a course that takes place once a week for six months.

Here are some goals you could set yourself:-

-Join an English course (and attend regularly).
-Do your homework.
-Read a book a month.
-Learn a new word every day.
-Visit an English speaking forum every day.
-Read a news article on the net every day.
-Do 10 minutes listening practice every day.
-Watch an English film at least once a month.
-Follow a soap, comedy or radio TV drama.

A good way to meet your goals is to establish a system of rewards and punishments.

Decide on a reward you will give yourself for fulfilling your goals for a month.

-A bottle of your favourite drink
-A meal out / or a nice meal at home
-A new outfit
-A manicure or massage

Understanding how you learn best may also help you.

There are different ways to learn. Find out what kind of learner you are in order to better understand how to learn more effectively..

Cikgu

Pergi Tak Kembali

Friday, July 11, 2008

Laporan Televisyen

Selamatkan Wang Anda!


Harga minyak naik lagi, sedangkan pendapatan tidak bertambah. Marilah berjimat sambil menjana pendapatan.



Untuk maklumat lebih lanjut sila klik;

www.rebetminyak.com/fauzitanjung

Thursday, July 10, 2008