Sihir

Sunday, August 3, 2008

Berita Terkini



Semalam aku bawak bini dan anak-anak aku melawat akak aku Dina yang dah besalin kat Darul Ehsan Medical Centre Seksyen 9 Shah Alam. Aku tabik la kat akak aku ni walaupun dia ni dah dikira sebagai orang tua (umur dah dekat 47 tahun) dah tu masih belajar pjj kat U, tapi masih mampu lagi menambahkan zuriatnya. Ai dalam sibuk-sibuk kerje dan belajar, sempat lagi ya memproses....jgn marah ya. Ape-ape pun , Alhamdulillah kerana dia selamat melahirkan baby pompuan yang comel tu. Bila aku tengok baby tu, aku pun teringin jugak menambahkan 'askar' aku. Rasanya boleh lagi kut sebab aku pun masih muda dan masih hencem lagi..he..he..bini aku tu pun okey lagi. Okey la aku pun dah mengantuk ni, sekali lagi ucapan tahniah kpd kak Dina dan suaminya, abg Zollbahrin.

1 comment:

Anonymous said...

Aku tak sempat lagi nak melawat sebab hari sabtu kursus sampai petang, Ahad ada adik ipar datang rumah. Petang isnin ni baru nak ziarah.
Aku pun teringin jugak nak tambah gerabak, tapi syaratnya agak berat. Dia nak bersalin kalau tak di DEMC pun pilih mana2 hospital swasta yang lain. Mana ada pitih!!!