Sihir

Wednesday, March 3, 2010

Kanta



Kanta merupakan suatu alat sama ada untuk menumpukan atau untuk menyerakkan cahaya, biasanya diperbuat daripada kaca.

Struktur kanta

Struktur kanta yang paling biasa ialah kanta sfera yang dibentuk oleh dua kelengkungan, iaitu permukaan depan dan permukaan belakang. Kedua-dua permukaan ini boleh dibayangkan dibentuk daripada sebahagian sfera dengan jejari-jejari, J1 dan J2, yang juga dinamakan "jejari kelengkungan" permukaan itu.

Jenis kanta

Kanta dikelaskan mengikut kelengkungan permukaannya. Jika ia melengkung keluar, ia dipanggil kanta cembung. Jika sebaliknya, ia digelar kanta cekung.

Baca selanjutnya : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanta

No comments: