Sihir

Thursday, September 24, 2009

JADUAL WAKTU PMR 2009

07 Oktober 2009 (Rabu)
08.00 - 09.10 pagi Bahasa Melayu Kertas 1 (02/1) Objektif Aneka Pilihan
09.40 – 11.50 pagi Bahasa Melayu Kertas 2 (02/2) Subjektif
02.00 – 04.10 petang Pendidikan Islam Kertas 1 (45/1) Subjektif

08 Oktober 2009 (Khamis)
08.00 – 09.10 pagi Bahasa Inggeris Kertas 1 (12/1) Objektif Aneka Pilihan
09.40 – 11.20 pagi Bahasa Inggeris Kertas 2 (12/2) Subjektif
11.50 pagi – 01.00 petang Science Kertas 1 (55/1) Objektif Aneka Pilihan
02.20 – 04.00 petang Science Kertas 2 (55/2) Subjektif

09 Oktober 2009 (Jumaat)
08.00 – 09.25 pagi Geografi Kertas 1 (23/1) Objektif Aneka Pilihan

12 Oktober 2009 (Isnin)
08.00 – 09.25 pagi Mathematics Kertas 1 (50/1) Objektif Aneka Pilihan
10.00 – 11.55 pagi Mathematics Kertas 2 (50/2) Subjektif
02.00 – 03.25 petang Sejarah Kertas 1 (21/1) Objektif Aneka Pilihan

13 Selasa 2009 (Selasa)
08.00 – 09.40 pagi Kemahiran Hidup Teknikal Objektif Aneka Pilihan
Kertas 1 (76/1)

Tuesday, September 22, 2009

Kuih Pau Raya - tipah tertipu

PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….

P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4
Bdr Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor,Malaysia
Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing DirectorMr Ding Hong Sing
Finance DirectorMs Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fineflour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

URL: http://www.pa-food.com/ < http://www.pa-food.com/

>CategorySMI---

Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?

Boleh sahkan ke berita ni?

kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong...

Mohd Hisham wrote:

Salam Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.
Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Monday, September 21, 2009

Friday, September 18, 2009

Majlis Khatam Quran 2009

Perasmian oleh Tuan Guru Besar

Khatam Quran di bawah pimpinan Ustaz Haji Mohd Zaini
Bacaan Al Quran dan terjemahan oleh adik Amir Aiman
Persembahan nasyid oleh murid lelaki
Persembahan nasyid oleh murid perempuan
GPK menyampaikan duit raya kepada para peserta

'Maafkan saya cikgu'

Hai sibuk nampak guru kebajikan kita ni, kaunter zakat fitrah ke?


Tunggu giliran dapat duit raya. 'Agak-agak banyak ke cikgu bagi tahun ni?'


Bermaaf-maafan amalan mulia.

Thursday, September 17, 2009

singgah sebentar di Stesyen Keretapi Butterworth

Suami bahagia

SOALAN:

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,



JAWAPAN:

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk æakan di rumah�. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hamper 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mazi isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.
Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundit couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.
Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Monday, September 7, 2009

JADUAL WAKTU UPSR 2009

08 September 2009 (Selasa)
8.15-9.05 pagi 011 Bahasa Melayu Pemahaman
9.45-11.00 pagi 012 Bahasa Melayu Penulisan
11.45-12.25 tgh hari 015/2 Mathematics Kertas 2

09 September 2009 (Rabu)
8.15-915 pagi 015/1 Mathematics Kertas 1

10 September 2009 (Khamis)
08.15 - 09.30 pagi 018 Science
10.15 - 11.05 pagi 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
11.45 - 01.00 petang 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
02.15 - 03.45 petang 013 Ujian Aptitud

Saturday, September 5, 2009

Pokok jagung dah berbunga










Ini pokok bendi ker.., lepas ni tak payah la beli sayur, jimatlah sikit belanja