Kini bidang genetik boleh dibahagikan kepada dua peringkat: genetik klasik dan genetik molekul. Sebahagian besar genetik klasik merupakan sumbangan ujikaji Gregor Mendel dan penemuan gen-gen terangkai. Genetik molekul terbit daripada penemuan kod genetik dan perkembangan teknik pengklonan. Walaupun genetik molekul lebih berguna dari segi aplikasinya dalam perubatan dan forensik, genetik klasik masih digunapakai.
Sihir
Wednesday, December 15, 2010
Genetik
Kini bidang genetik boleh dibahagikan kepada dua peringkat: genetik klasik dan genetik molekul. Sebahagian besar genetik klasik merupakan sumbangan ujikaji Gregor Mendel dan penemuan gen-gen terangkai. Genetik molekul terbit daripada penemuan kod genetik dan perkembangan teknik pengklonan. Walaupun genetik molekul lebih berguna dari segi aplikasinya dalam perubatan dan forensik, genetik klasik masih digunapakai.
Tuesday, August 31, 2010
Boleh cuba....subhanallah.
Tuesday, March 16, 2010
Sepatutnya AP Bebas Meletak Jawatan, Bertanding Semula
IZMAS
15hb Mac, 2010
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3229
Wednesday, March 3, 2010
Kanta
Kanta merupakan suatu alat sama ada untuk menumpukan atau untuk menyerakkan cahaya, biasanya diperbuat daripada kaca.
Struktur kanta
Struktur kanta yang paling biasa ialah kanta sfera yang dibentuk oleh dua kelengkungan, iaitu permukaan depan dan permukaan belakang. Kedua-dua permukaan ini boleh dibayangkan dibentuk daripada sebahagian sfera dengan jejari-jejari, J1 dan J2, yang juga dinamakan "jejari kelengkungan" permukaan itu.
Jenis kanta
Kanta dikelaskan mengikut kelengkungan permukaannya. Jika ia melengkung keluar, ia dipanggil kanta cembung. Jika sebaliknya, ia digelar kanta cekung.
Baca selanjutnya : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanta
Sunday, February 21, 2010
Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding
Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas...
dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tidak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini.
Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tidak kena panas dan tidak kena hujan, lalu ia merungut...
“Sedapnya jadi tiang, tidak kena jemur di terik panas mentari, dan tidak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tidak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tidak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.
Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tidak kena panas, dan tidak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk...
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, mau kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa.
Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh...
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja.
Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.
Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”
Pengajaran dari kisah ini....
ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain.
Dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain.
Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita.
Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.
kisah ini sebenarnya kan..kan..kan...
banyak pengajarannya...
Ingatlah...'teamwork' dalam sesuatu kumpulan...
semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah ini..
Rumah Tradisional Melayu
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.
Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah sesebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung! Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti ‘apartment’ yang dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di
Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan
Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong-royong’ orangramai dan dialih tempat.
Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang lebih baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang memakai paku.
Dari sudut rekabentuk juga, rumah adat Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri-ciri bistari, lagi kena dengan
Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).
Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir. Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.
Rumah Melayu juga selalunya terbahagi dua bahagian: yang utama dipanggil ‘Rumah Ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), sementara bahagian kedua ialah ‘Rumah Dapur’. Pengasingan ini juga pintar – kebakaran selalunya terjadi dari api masakan; maka jika dapur terbakar, lebih mudah mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan mengurangkan bahaya Rumah Ibu juga dijilat api dengan cepat.
Jika rumah perlu dibesarkan, struktur ‘Rumah Tengah’ pula boleh ditambah di antara Rumah Ibu dan Rumah Dapur.
Selain itu, selalunya di depan rumah mesti ada bahagian lantai yang lebih rendah dari aras Rumah Ibu. Ianya berbumbung tapi selalunya tak berdinding, cuma berpagar susur (railings). Ini dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’ di setengah tempat di Pantai Timur. Ia menjadi tempat pengantara di antara luar dan dalam rumah untuk duduk bekerja, beristirehat atau menerima tetamu yang tak perlu masuk ke dalam Rumah Ibu, yakni tidak mengganggu keluarga.
Di belakang rumah pula ada ‘pelantar’ yang menjadi tempat kerja basah atau basuhan, yakni sama juga seperti konsep ‘ruang kerja’ atau ‘work area’ bagi apartmen dan rumah moden.
Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk masuk angin dan cahaya.
Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.
Bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung genting tanah liat seperti yang dipanggil genting ‘Senggora’ di Pantai Timur Semenanjung Melayu, juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih berbahang dan bising pula semasa hujan.
Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata atau leper), dan ada dua kategori utama:
‘Bumbung
Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah Minangkabau Negeri Sembilan (yakni sejenis bezaan ‘bumbung panjang’). Bumbung rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari panas dan hujan lebat. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau 'papan cantik' berukir.
Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam rongga bumbung (iaitu seperti ‘attic’, kadangkala dipanggil ‘loteng’ atau ‘lenting’), hatta membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang dibina setinggi
Malangnya, bangunan sehebat manapun dari bahan organik seperti kayu tidak tahan jika tidak disenggara rapi. Maka warisan rumah papan ini akan pupus tanpa adanya pembinaan rumah asli baru, lebih lagi jika ilmu senibinanya juga hilang dari kalangan orang Melayu.
Kebanyakan arsitek/jurubina tempatan, dalam menimba dan mengejar senibina ala Barat, tidak mengendahkan lagi ilmu binaan tradisi. Sedangkan ilmu senibina lama masih mampu dikaji untuk memberi penyelesaian atau dimajukan lagi buat kesesuaian hidup gayakini.
Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Rumah_Melayu